kali nie entry tentang OPA sahaja. kalau agakagak tak berminat baca, sila bawak tangan sekarang. dan jangan datang lagi. sy tidak hegeh untuk awak baca blog sy. terima kasih.
berbalik kepada kisah opa tersayang, nama penuh seperti dalam ic ialah RADIN LOCKMAN. anak lelaki kepada RADIN SALLEH dan JANEY DAVID yang masuk islam jadi ZAINI DAUD. yeaa moyang perempuan sy seorang african. and hell yeahh im proud of it.
opa lahir tahun 1923. umur ? sila carik scientific calculator dan tekantekan sehingga muncul angka yang sewajarnya. dilahirkan dan dibesarkan di SINGAPORE. kemudian berhijrah ke TERENGGANU DARUL IMAN dan disitulah berputiknya cinta agung opa dengan oma, CHE KHADIJAH AZIZAH.
berkahwin dan dikurniakan 8 orang cahaya mata. 6 putera dan 2 puteri. RADIN FIRDAUS, RADEN FADZILLAH, RADIN FAHMEY, RADIN FATIHAH, RADIN DZULFAKAR, RADIN FATWA, RADIN FUAD dan yang bongsu RADIN FAUZI. alhamdulillah 3 dari putera opa dan oma khatam melanjutkan pelajaran di luar negara. lepas ada anak, mesti ade cucu pulak kan. 17 putera dan puteri kesemuanya. dan alhamdulillah 2 dari cucunda juga berjaya khatam melanjutkan pelajaran di luar negara. termasuklah kakak tersayang, IRYANI JULIANA.
tahun nie genap 11 tahun oma pergi meninggalkan opa. tapi opa seperti biasa, masih setia dengan oma. setiap pagi jumaat, rutin opa melawat kubur arwah isteri tersayangmwarhxxmwarhxx. kereta DATSUN kesayangan opa masih digunakan walaupun umur kereta tu hampir mencecah beberapa puluh tahun dan agak nazak parak. opa kata kereta nie banyak kenangan dengan arwah oma. arwah oma tak boleh naik kereta sebarang sebab kuat mabuk. kereta opa je oma boleh naik. ohh sumpah sangat sweet opa and oma nie.
setiap tahun tanggal 6 haribulan 6, The Radins akan berkumpul beramairamai untuk satu family gathering. tarikh 6 haribulan 6 dipilih bersamaan tarikh kelahiran opa.
note : opa, you're a good example of what a grandpa should be. we always get along so well even when we disagree. you have such a good heart. you're the best grandpa and i really love you ♥