hero.


hello, readers. maaf dengan entry emo untuk beberapa hari. biasalah. drama minggu ini. tapi sekarang dengan yakinnya boleh cakap drama minggu ini dah habis, tamat, selesai, tutup.

hari nie sepanjang hari menghabiskan masa bersama manson tersayang. pegi EastCoastMall je. setelah seminggu tak berjumpa. aaa. sesampainya dekat EastCoastMall, terus pegi SandSalon. dah sampai masa nak potong fringeku ini.

lepas potong rambut, pegi karaoke. si manson taktau kenapa jadi hyper yang amat. agak musykil di situ. dua jam menyumbangkan suara, seterusnya pegi lunch dekat food court. dan kemudiannya melantak ice cream dekat IceHouse.

selepas IceHouse, StarbucksCoffee pula. hari nie tuka selera tak minum caramel cream frapp, cukup sekadar meneguk raspberry passion.

apa yang berlaku seterusnya, biarlah menjadi rahsia. atau seperti kata mereka, and the rest is history :)



♥